Wednesday, October 28, 2009

daRi hati ke hati

dari hati ke hati...
itu mungkin tajuk yg wajar utk post kali ini...dimana sy kerap memerhatikan insan sekeliling sy sejak 2 menjak ni... betapa manusia itu bnyak ragamnya... apa yg menjadi perhatian sy mggu ini adalah hubungan sesama manusia.

lebih jelas lagi...bagaimana kita dihubungkan.. ada yg kerana pertalian darah. ada yg kerana ukhuwwah. ada yg kerana naluri manusia yg rasa mereka saling berkait. fitrah. persaudaraan. brotherhood. an extended relationship= kawan kpd kawan.. etc..

atas dasar apa pun kita saling berkait, semuanya yg pasti adalah atas ketentuan Tuhan. hubungan yg terjalin ikhlas dari hati ke hati sgt bermakna. membuatkan kita saling menyayangi. menghargai. saling menghormati. menganggap insan sekeliling kita penting dan menyelami jalinan perhubungan itu.

satu waktu di mahallah, sy terserempak dgn junior. seorang yg sy kenal kerana dia sahabat kpd rumate sementara sy. (*mase tu bilik ngan dak junior). itupun di awal tahun 3 dgree dlu. namanya sy tak pernah tahu. malah hanya tersenyum jika kami terserempak.

dipertemuan baru2 ini, dia bertanyakan bila sy habis stdy. sy menjelaskan yg sy telahpun menyambung sarjana. respon yg diterima "i'm so proud of u" kalaulah boleh sy jelaskan betapa mimik mukanya memaksudkan apa yg dia katakan.

sy bukan nak highlight *die bangge ngan sy ^_^ tapi, cara dia haPpy yg sy da pon sambung master. cube bayangkan someone yg tak rapat dgn kite, tapi mampu buat kite rase yg die tumpang bahagia dgn kejayaan kite. subhanallah. indahnya ukhuwwah~

dlu masa skolah menengah, antara ayat yg saye suke adalah **hargailah sebuah persahabatn kerana persahabatan tak datang dan pergi dgn sengaja**kalau boleh di luaskan lagi konsep ayat tersebut, kita seharusnya menghargai tiap insan yg ada dlm hidup kita. biar kite cuma berjumpa utk beberapa minit. siapa tahu, satu masa nanti dia adalah org yg akan tlg kita dlm kesusahan*

hehe.. panjang pula post nI~ hargailah insan sekeliling kite dan ikhlaslah dlm sesuatu perhubungan! kerna dari hati ke hati lahirlah ikatan yg telus dan abadi~

Sunday, October 25, 2009

ImtiHaN


4 nov: Economic Development and poliCy
10 nov: Econometrics
12 nov: Microeconomics
13 nov: Economics and Finance Issue from Shariah peRspective





what do i feel rite now:
Penat. Pening. Banyak. taKut. Tertekan. berhaRap. usaha. tawakkaL.

Fam Med

Aku dah setel first rotation. Family Medicine. Sebulan gak masa yg diambil. Dan berbaki lagi 10 rotation utk menghabiskan tahun 5 ni. Lepas ni aku start dgn psychiatry. Nak cakap pasal family medicine. Memang best. Sebulan tu rilek jek, pagi2 kuar lambat2 pun takper sebab tempat dia dekat jek takyah kuar awal2 pagi macam nak ke university sebab tempat nak buat rotation ni semata2 di klinik university yg tak jauh boleh jalan kaki jek. Tapi totap nek teksi. Hehe. Setiap hari jadual yang sama. Awal2 pagi seminar yg disampaikan oleh pelajar yang dijadualkan hari tersebut then start dengan klinik duduk dengan doctor dalam bilik jumpa patient sumer then seminar balik. Tiap2 hari camtu sampailah habis sebulan. Memang tak terasa sangat masa yang berlalu, sebab tiap2 hari kena stadi sebab masa sebulan jek untuk ke exam. Doktor2 yang mengajar lak sumer baik2 belaka.

Belajar family medicine ni ibarat belajar sumer ilmu medic tapi cuma di permukaan jek. Maksudnya takdelah permukaan cuma this subject is very wide. Sangat2 luas. Dari pediatric, internal medicine, O&G, orthopedic dan sumer2 yg len sebab pe orang datang klinik. Kalau ikutkan sebulan memang tak cukup kalau nak kuasai subjek ni tapi doctor cuma nak dedahkan pada pelajar2 bagaimana berkomunikasi dengan pesakit sumer dan paling penting ilmu yang baru iaitulah counseling. Memberi assurance kepada patient kalau sakit tu tak bahaya atau deliver bad news. Atau counseling certain2 penyakit means educate patients about their disease walaupun kat tenet sekarang teknologi canggih leh cari sendiri kat internet. Family medicine maksudnya comprehensive and continuous and include all ages. Menyeluruh dari segi subjek2 medik yang terkandung dalamnya, bersambung maksudnya dari patient baru lahir sampai tua dan termasuk sumer umur tak kira muda tua dan kanak2. Dan nasihat di sini, kalau sape rasa yang ada sakit tuh takyah ragu-ragu utk jumpa doctor even fatigue (badan lemah2 atau tak larat) doctor akan amek kira. Sape nak sihat, kenalah berusaha sikit. Doktor bukan penyembuh kerana Allah yang menyembuhkan, berjumpa doctor itu cuma adalah satu usaha untuk menjadi sihat.

Sekian.

p/s : time2 ni la tak sehat, esok dah nak start dah psychiatry ni. Doakanlah sihat esok ni. Amin.

Done,

Izham

Labels:

Monday, October 19, 2009

serahkan pada ALLah~

Petang tadi.. hampir jam 5 ptg…

Selesai menyusun barang2 yg hendak dibawa pulang ke asrama dari bonet kereta, aku memandang ibu yang menunggu disebelah. Aku lihat mata ibu..mahu mengatakan banyak perkara yg berlaku dlm hidupku.. namun aku tak mampu mengeluarkan apa yg terpendam… banyak hal yg berlaku dlm hidupku, yg aku pendam sendirian.. anak sulung mungkin… berlagak seolah aku mampu menyelesaikan semua perkara sendirian; walau hakikatnya aku lemah.

Aku kucup tangan ibu… itu rutin tiap anak yg dihantar ke asrama… lalu aku peluk ibu… “kaklong taktaula.. kaklong asyik sedih je”.. hanya itu yang mampu kuluahkan pada ibu… ibu kupeluk erat… rasa bagai hilang segala yg mengusutkan fikiranku.. tenang dan damai. Itu yg aku rasakan… air mata yg memendamkan segala masalahku menitis satu persatu… ibu bagai memahami; cuma membiarkan aku…

Aku lega, bagai telah mendapatkan ketenangan dari kasih seorang ibu… sebelum pulang, dari sudut tempat duduk pemandu; ibu berpesan padaku… “apa pun perkara yg kaklong sedihkan, ingatlah tiap hal tu serahkan pada Allah… serahkan pada Allah… banyakkan baca quran… solat sunat… (ibu mengingatkan aku… mendekatkan diri dgn Penciptaku)”

Pesan ibu akan kuingat… benar, hanya pada Allah aku memohon dan berserah… moga apa jua yg ada dlm hidupku kini adalah yg terbaik buatku.. dan moga apa jua yg menjadi ketentuan hidupku adalah yg terbaik utkku… sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui…

Thursday, October 8, 2009

jLn2 KLcc

salam... alg baru je balik dari KLcc setelah berada disana dari 8am sampai 6pm..
ade exhibition research2 dari universiti seluruh msia...@ PECIPTA 2009
alg lak jadik bidan terjun.. tolong lecturer present research die kat judges..
(de competition ikut field of studies)
research asst die de hal.. (maka alg ganti utk harini ngan esok..sabtu r.a die available)

nak dijadikan crite.. rombongan beramai2 dari uia (1bas)
sampai kat booth kat area hall 2 convention center dlm kul 9.30 am
dlm hati mase atas bas, alg berdoa sgt2 minta2 dR. sampai time judges dtg..
(my lecturer naik lrt.. hantar anak2 die ke skola dlu)

tup2.. sampai je kat booth, tgh sibuk2 nak carik krusi letak kat booth,
committee panggil; kate "dik, judges awak da sampai.."
dlm hati alg mase tu..."aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aiyaaa camne ni T_T"

(cube imagine jadi bidan terjun & bace artikel tentang research tu smalam!
harini nak MENGGORENG depan judges.. huaaaaaa mane mdm ni...)
judges 2 org.. berkot.. soalan first, "what is the uniqueness of this study?"
huuuu maka alg melalut menggoreng... tambah "garam" gule.. isk3..
nasib baik study sem ni amik subjek berkaitan research tu..
islamic economic development approach & its empirical result
on environmental sustainability of 39 selected muslim countries...

huuuuuu taktau la ape alg membebel.. nak2 plak judges tu berminat..
bersungguh2 tanye soalan.. huaaaaa (takpe2 experience ni alg! )
haha... habis jer bagi penerangan serius sgt lega! then baru Dr sampai..
rase takut de point yg tertinggal, hehe alg panggil balik judges yg tak brape jauh
da bergerak kluar dari booth tu dtg balik..

overall, pecipta 2009 memang best!
dapat wat network ngan ramai lecturer.. dpt advice & guides =free..
hehe best3! (ayah call tgh2 exhibition tu.. kate "waa anak ayah kawan ngan lecturer.. haha)
esok satu hari lagi! then trus balik umah nak siap2 berkonvo.. hehe amik mood kat umah!
sekian!

Wednesday, October 7, 2009

macam-macam koNvo~

salam.. ^_^
baru lepas amik jubah konvo..
sonok2..
& tak sabar nak pakai~ (even dah test tadi.. tak same ngan har convo)
haha.. berdebar2 cam nak kawin jek..

this post actually nak citer pasal tips2 menarik dari kawan2..
sempena nak konvo ni.. macam2 ade..
ade kawan yg pesan..
(hp takleh bawa masuk snanyer)= "letak kat hood, ade space ckit tak jatuh rasenyer.." haha
(nak pakai mortar board)="sile gune pin peniti banyak2.." haha katenye takut tudung gerak2
(nak kate thanx time amik scroll)="ckp terima kasih.. jgn cakap thank u, nanti dlm gambar nampak mulut tgh kate "u" @ muncung je kang.. " haha
(lepas dapat scroll)= "snyum jek & cover jalan tu.. camera still capture pergerakan kte.."
... kalo de tips menarik lagi akan diupdate.. haha...
thanx tuk my friends yg suggest idea2 ni..
...sekian utk mcm2 konvo...
(^_^)

Saturday, September 26, 2009

The Holiday

Malaysia, my motherland. I was there for 48 days in my summer holiday to fulfill all my missions. That’s include foods, activities, gathering, and so on. I am really happy when thinking back there. But now I have to go back to my reality world in here, Jordan to finish my study. I have another 2 more years to go. Since I was in Malaysia I didn’t have time to make an update or recent news in this blog, so I passed it to my partner (fairy) to cherish the boredom.

…………………………………………………………………………………………………………

Sebulan lebih eh? Sebelum balik pikir macam lama gak balik ni adalah hampir 2 bulan, tapi kelip2 tutup2 mata dah pijak kat Joden balik. Inilah dunia. Masa sungguh pantas berlalu. Still, balik paling lama sejak belajar kat Jordan ni. Selama 2 kali balik sebelum ni, dapat paling lama pun sebulan, tahun lepas lagilah 3 minggu jek..tu yg selalunya kadang2 plan tu rasa padat sket..nak itu lah nak inilah, nak wat macam2…alih2 dh nk kena balik..tapi kali ni, takdelah rushing sgt, sumer ikut hati jek…takde plan2..rileks2 jek...

Actually, aku dah tak ingat dah ape yg aku wat kat Mesia ni. Tak jalan mana sgt pun, adik2 dah nak exam SPM PMR…Cuma melawat tempat adik kat UiTM, Permatang Pauh Penang. Datang lak time pilihanraya. 2 days before. Balik2 Shah Alam bukak berita PKR menang cam biase. Then kat Shah Alam tak ke mane2 after got back from Penang..just met with my old friends, kat restoran ada, kat padang futsal ada ni pun aktiviti before bulan puasa. Dah masuk puasa, senyap jek kat rumah ternak perut tambah berat..haha. Nak jalan mana2 pikir puasa, penat kang padat jadual malam takleh wat pape pasal terawikh. Nak men bola petang2 lak asek hujan jek dah masuk musim tengkujuh pulak.

So tak banyak citer, just going on with my life there..tapi bosan2 aku ni pun takde aktiviti, I’m happy with that…sebab with my family lama2…makan sama2, borak2, buat lawak2 family, n then boleh jadik cam dak kecik…benda inilah aku miss bila aku kat joden...so lonely here..laughter, smiling, chatting, joking and etc, the things that I can’t find here, not even in hundred years..sob sob sob...ni terasa tarikan lama sgt ni duk kat mesia lama2 tu pasal lah jadi camni…isk3..

Tapi, benda best balik ni, bila dapat jumpa memember lama dari sekolah, rakan2 satu taman, sepupu sumer, n new family members in family (anak sepupu yg makin banyak) then 2 weeks attachment at IJN = what a great experience. Ada sebahagian gambar ada di FB, and I let the pictures speak for me sebab mmg dah tak brape igt dah ni. (I guess I should’ve find supplements for my weak memory). And yang paling terbesar mission balik kali ni celebrate Raya with my family after 4 years not celebrating with them. Bawak gaklah sikit2 perangai joden, tolong mak wat biskut bukak lagu raya kuat2...haha layan…n layan byk2 citer best2 kat tv n astro...the day before raya actually my birthday, tapi biasalah hari before raya adalah hari pegi shopping2 so hari raya sekali dgn birthday celebration. Dengan kehadiran tetamu istimewa, dari keluarga fairy menjadikan raya dan sambutan hari jadi paling best. My mom and my dad sgt2 supportive ada istilah ‘lampu hijau’ lah, tunjuk ‘sebentuk’ kat kedai lah, huhu and paling supportive I have my ‘Persona’ with ‘Makcik Kathy’ and so, later on bila balik for good nnt, takyah pikir sgt dah about that..leh terus kumpul duit utk ‘benda’ lain…love them so much.

Rasa saya henti sampai sini je la…pesanan2 utk my family there, Kita sambut lagi Hari Raya next year, n all the best utk udin (SPM) n ati (PMR). Buat yg terbaik! Study mesti mahu rajin! N Izzat Goodluck in ur study in Mechanical Engineering kat UiTM sana! Utk izhar, duk sambest elok2 na, study rajin2 biar tercapai cita2 kesemuanya! N to my beloved parent, mama papa, thank you for everything. Really miss u both. Love u both and all, hug from me.

To Fairy, Happy 22nd Birthday to You. May His Bless with you every day and every seconds. Tiada hadiah dapat ku kirimkan, tiada kejutan yang menarik dapat ku rancangkan, hanya doa dariku moga suatu hari dirimu menjadi paling beharga dalam hidupku.

To all my muslims' friend, Selamat Hari Raya Aidilfitri, andai daku ada salah silap, maafkan daku kerna aku hanya insan biasa yang melakukan kesilapan samada sengaja ataupun tidak, jika ada yang susah memaafi daku, biarlah aku mengetahui tentangnya, agarku tahu di mana diri ini membuat kesilapan. Maaf Zahir dan Batin.

Ok, till the next update. See ya. Sorry for the inconvenience English-Malay campur2 rojak sumer…It’s just my way to present kalau tak blank tak tau nak tulis ape…makin berkarat la jawabnya blog ni.

Da, take care!

Done,

Izham

Labels: , ,

Friday, September 11, 2009

A.B.C

a b c d e f g h i.. j k l m.. n o p q r s t u v w x.. y z.. i love... eh! salah..haha~
sempat2 lagi ni nak update.. (padahal da bole balik umah ni..ibu amik petang kang)
tadi time2 tgh jawab exam.. kan macam2 formula hafal.
then, barula alg sedar yg alg nyer definisi @ representasi ABC dan seterusnyer dah lain!
erk? dulu kalo kecik2 bole la A FOR APPLE, b for ball.. lalala~
tapi skang ni.. huhu huruf2 tu telah jadi economics..
(lambang dah nak masuk 5 tahun study economy..)
sekarang ni... (lawakle.. time2 exam sedar)
A.. takde pape lagi (coming soon kot)
B.. always remind me on beta.. dah tak tau beza beta ngan huruf b dah..
C.. denotes consumption
D... Development
E.. elasticity
F... function
G.. government @ growth
H... hicksian demand function
I... Investment .. kalo i kecik inflation rate
J.. free gak lagi.. takde pape
K... capital
L... labor
M & N... lambang m times n matrix
O... original point
P... price
Q... quantity
r... interest rate
S... saving
t... tax
U.. utility
V.. values (determinant penting islamic development)
W... wealth
X.. export?
Y... income..
and slalunyer X,Y Z adelah independent variables dlm function #_#

haha~ ape nak jadik ni.. mane abc yg spatutnyer ^_^
nak balik ..! slamat bercuti (bukan berpulang tau** pd yg berkenaan~)
eid mubarak!


Thursday, September 10, 2009

...sementara menunggu data dari international trade statistics di download...

sedar tak sedar, harini dah masuk 20 ramadhan..
apela yg dah dibuat selama 20 hari berpuase ni..
pantas sekali masa berlalu..
dah seminggu lebih adik duduk kat ireland..
+ lebih kurang 4 hari lagi nak anta sorang lagi..
esok last day before eid break..(dalam 2 mggu jugak..)
jadual 2 mggu cuti pon da penuh rasenyer.
balik2 ni.. nak siapkan ape yg patut utk adik yg nak fly..
then tolong ibu ape yg patut..
pasal reunion buka pose tu plak...still ilham tak dtg lagi~
then..1st & 2nd raye ke kuala kangsor..
3rd & 4th (haha banyaknyer raye =p ) ke penang..
dlm 24 & 25 sept ke gerik plak..
cousin nak kawin..meriah gak die nyer plan..
24 khatam quran..25 akad nikah..26 kenduri kawin..
tapi rasenyer 26 tu pas kenduri nak balik umah dah..
masing2 da nak balik skola..
dalam masa yg berlalu tu jugak..
i wish for a few thing to happen (jgn pk yg bukan2 tau~ ^_^)
tapi entahla..simpan dlm hati dlu...
**sempena dgn 10 malam terakhir ramadhan ni..,
alg nak minta maaf dari semua org yg mengenali alg...
kalau ade tersalah kate, terguris hati.. terpendam luka..alg minta maaf sgt2..
alg bukan manusia sempurna..
tak mampu tunaikan hasrat semua org..
alg cube jadi yg terbaik ..dan mengharapkan yg terbaik utk semua org..
really.. mohon maaf atas segalanyer..
semoga ramadhan yg berbaki membawa manfaat dan rahmat utk kite semua~
0 - 0 eh~ ^_^ peace! waSsaLam~

Tuesday, August 25, 2009

Dia… dimataku

Dia terlalu istimewa dimataku….Juga dihatiku…Dia hadir saat jatuhnya aku…Namun aku bukan menerimanya kerna membantuku bangun…Tetapi kerna dia.. istimewa dimataku

Hidup ada naik turunnya.. aku jatuh dalam hidup ini tanggal jun 2006.. September 2006 dia hadir.. aku bimbang, seperti yg aku katakan.. aku tak mahu menerimanya kerna membantuku bangun dari jatuh.. sebab itu, aku mengambil masa setahun utk menerimanya seadanya.. December 2007 boleh dikatakan titik rasmi dia mula menjadi istimewa dimata juga dihatiku..

Aku juga masih ingt sekitar jun 2008, pulangnya dia ke tanah air, ingin menemuiku..aku katakan “Tanya ayah dulu.” Jujurnya aku tak percaya saat mendapat panggilan dari rumah, ibu mengatakan “ada org tanya ayah.. bolehke saye kawan dgn anak pakcik..” belum pernah ada yang berani bertanya dgn ayahku.. kerna itu dia istimewa dimataku.

Dia juga boleh aku katakan tidak cepat melatah.. sabarnya sgt aku kagumi.. belum pernah mudah naik angin.. malah lebih mudah memaafkan.. kerna itu juga dia istimewa dimataku…

Aku masih ingt, semua jawapannya pada persoalan yg aku ajukan.. kerna aku sedar siapalah aku utk dibandingkan dgnnya.. sejak dari sekolah lagi aku terpaksa “jual mahal” kerana aku takutkan hakikat yg aku bukan yg terbaik utknya..

Bila ku katakan siapalah aku yang tak punya apa2… dia akan menjawab “layakkah khadijah bersama rasulullah manusia teragung.. layakkah seorang rakyat menjadi teman hidup seorang putera raja.. kerna sayang itu tak mengenal beza kaya @ miskin, darjat @ pangkat, cinta tak boleh diukur dgn harta dunia.. hanya ikhlas dan jujur yg mengukur sebuah perhubungan..” kerna itu, dia istimewa dimataku

Bila aku katakan yg aku tak sempurna…punya kekurangan dia pernah menjawab… “the virtue of love is not to find the perfect person but to love the imperfect person perfectly..” kerna itu dia istimewa dimataku..malah banyak lagi bicaranya yg selalunya menenangkan hatiku..dan.. meyakinkan aku…

Aku juga masih ingt ogos 2009.. boleh dikatakan interview pertamanya.. dia dijemput untuk makan tengahhari dirumah.. keluargaku mahu dia melihat sendiri kehidupanku… siapa tahu aku direject selepas itu.. tgh hari itu..,dia tiba sendirian.. (aku kagum.. aku fikirkan dia bersama keluarganya) dia.. langsung tidak betah bersembang dgn ayahku..ibuku..a dikku.. kerna itu dia istimewa dimataku..

Dia tidak kekok dirumahku.. kerna itu dia istimewa dimataku.. pulang sahaja dari pertemuan itu aku tanyakan kembali.. bimbang direject mungkin..”mcm mane? Da tgk tpt alg membesar.. family alg..Sudi lagi kawan dgn alg?” seperti selalunya jawapannya (yg dirahsiakan) membuatkan dia istimewa dimataku…

Aku yg bertudung labuh… membawa imej yg slalu menjadi perhatian org… aku selalu diingatkan ibu.. walau ape pon y g kite buat.. pandukan agama, insyaallah selamat dunia akhirat.. oleh kerna itu, biar apa pun perasaanku.. aku masih sedar batas dan limitku… dia.. tak pernah merungut dgn “syarat” @ “peraturan” yg dikenakan aku @ keluargaku.. lebih2 lagi berkenaan masa.. aku perlu kejar cita-citaku yg merupakan satu impian.. impian yg membawa harapan seorang ayah dan ibu… masa depan mungkin… juga satu peluang utk berbakti pada kedua ibu bapaku.. dlm impian itu juga terletaknya titik perubahan aku.. transformasi utk menjadi “seseorang”.. aku perlu jadi seseorang yg berguna @ bermanfaat utk org lain @ seseorang yg punya identity.. seperti kebiasaan.. dia menerima malah sanggup menunggu.. kerna itu dia istimewa dimataku..

Di setiap sujudku, aku tak pernah putus memohon kepadaNya, semoga ada penghujung yang baik utk semua ini… aku mahu kejar cita2.. tapi aku tak nafikan aku juga mencari cinta… aku mahu berbakti pada ibu dan ayah… jadi kakak yang menyayangi & bertanggungjawab pada adik2nya… aku juga mahu bersedia menjadi yang terbaik utk seseorang… kerna itu, Hanya pada Yang Maha Kuasa aku memohon… tunjukkan jalan… agar aku dapat memenuhi kehendak dan harapan mereka2 yang sayangkan aku…

Dia yang istimewa dimataku… moga satu hari kelak jadi yang teristimewa dlm hidupku~

    Image Hosted by ImageShack.us


    Web This Blog
IP

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]